14 Nov 2011

Gambar kedai Mr Dhobi

Hai, ape khabar?
(*_*) sihat? Admin di sini sihat2, alhamdulillah...

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kurnianya kepada kami
sebuah kedai yang cantik tertarik, kau memang meletop..hehe
Perniagaan Mr Dhobi kini alhamdulillah...pendapatan pun syukur Alhamdulillah
akan mempertingkatkan kualiti dan kuantiti 
bagi memenuhi kehendak semua pihak...

tanpa berceloteh panjang, marilah pihak admin membawa anda menjengah sekitar premis perniagaan Mr Dhobi yang semakin berkembang maju....


Ini permandangan dari hadapan kedai...Lokasi kedai nie, tepi jalan jer...korang bole nampak, belakang Wisma Mais, McD seksyen 3...senang kan...u olls boleh pass by jer..masuk pintu pagar kiri...senang kan..hehe


Nie pulak, dari hadapan kedai, pintu masuk kedai dobi...Ok tak? mesti lah okey kan..hehe...InsyaAllah admin akan menambahbaikan kedai dobi nie di masa akan datang...


sekarang kite dah masuk melalui pintu sliding tadi kan...sekarang kite di hadapan kaunter service...Pekerja kami akan melayan anda sebentar lagi..hehe...jangan risau, door bell kedai akan berbunyi bile korang masuk, kalau pekerja kami xdatang, korang jerit kuat2..hehehe... Sebab bilik operation di belakang...hehhehe.. Tempat baju korang dioperatekan..hehehe...


Nie pulak, tempat storage baju yang telah siap di operate kan.. Banyak bungkusan baju yang telah diambil...Kalau korang hantar sini, memang laris di pasaran...hehehe...kejap jer ade kat rack storage nie, pastu dah di ambil customer...

Sama jugak dengan baju yang telah siap di iron...mostly customer yang tinggal berdekatan dengan kedai dobi dan yang bekerja...memang cepat di ambil....derang selalu hantar hujung minggu....

Setakat nie, perniagaan kedai dobi semakin meningkat naik..walau pada mula nye, memang sukar untuk menapak di pasaran...Alhamdulillah 

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh lah tinggalkan message anda di tepi sidebar kanan yer...kalau ade yang berminat nak hantar secara pukal atau menggunakan service kami, pihak Mr Dhobi sentiasa mengalu-alukan...hehe

Sampai jumpa lagi (*_^)v wassalam


1 Nov 2011

Senarai Harga

Normal Cleaning (Wash, Dry, Fold) - RM2.00/kg


Normal Cleaning, Household item - Price/Pcs
• Bed Sheet  -  RM 3.00
• Bed Spread - RM 3.00
• Blanket -  RM 3.00
• Comforter (All Size)-  RM 9.00
• Curtain -  RM 5.00 / kg
• Cushion Cover - RM 5.00 / kg
• Table Cloth - RM 3.00/ kg
• Pillow Case - RM 1.00

Dry Cleaning, Household Item - Price / Kg
• Bed Sheet - RM 8.00
• Blanket -  RM 8.00
• Comforter -  RM 8.00
• Curtain -  RM 8.00
• Quilt Cover - RM 8.00
• Sheep Skin - RM 12.00
• Table Cloth -  RM 8.00
• Pillow Case - RM 2.50/pc
• Towel  -  RM 4.00/pc
• Handbag - RM 10.00
• Bed Sheet  - RM 8.00



Ironing - Price / Pcs
• T Shirt, Shirt, Trousers, Skirt  - RM 1.00
• Baju Kurung (Normal Set) - RM 2.20
• Baju Melayu (Normal Set) - RM 2.20
• Baju Kurung (Manik Lace Silk)  - RM 2.80
• Short Dress - RM 1.00
• Long Dress -  RM 1.00
• Blazer, Jacket, Coat -  RM 2.00
• Jeans - RM 1.20



Dry Cleaning - Price / Pcs
• Baju Kurung (Top) - RM 8.00
• Baju Kurung (Set) - RM12.00
•Baju Kurung (Manik Lace Silk) - RM13.00
• Baju Melayu (Top) - RM 8.00
• Baju Melayu (Set) - RM 12.00
• Blazer - RM 9.00
• Blouse - RM 6.00
• Cap, Hat - RM 5.00
• Evening Dress - RM 15.00
• Short Dress - RM 10.00
• Long Dress - RM 12.00
• Wedding Gown - RM 35.00
• Glove (Pair) - RM 3.00
• Handkerchief  - RM 3.00
• Jacket, Coat - RM 9.00
• Jubah - RM 12.00
• Leather Jacket - RM 12.00
• Saree (Set) - RM 18.00
• Saree Blouse - RM 8.00
• Punjabi - RM 12.00–RM16.00
• Sarong / Sampin - RM 5.00
• Scarf  - RM 5.00
• Shirt -  RM 6.00
• Short  - RM 6.00
• Skirt -  RM 7.00
• Slack - RM 7.00
• Sweater, Cardigan - RM 7.00
• Trousers, Jeans - RM 7.00
• Under Garment - RM 2.00
• Vest, Waist Coat -  RM 5.00
• Vesthi - RM 10.00
• Winter Jacket - RM 12.00
• Cheong Sam - RM 12.00
• Neck Tie -  RM 2.50
• Bow Tie - RM 3.00
• Songket / sampin  -  RM 5.00
• Racing Suit Leather (set) - RM 26.00
• Graduation Suit - RM 15.00
• Winter Jacket  - RM 12.00
• Cheong Sam -  RM 12.00


Pengenalan dan Matlamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ape khabar Malaysia...hehehe (",)v sihat? Admin Mr Dhobi sihat Alhamdulillah...arini adalah hari rasmi Blog Mr Dhobi iaitu http://mrdhobi.blogspot.com diperkenalkan pada umum..( padahal baru arini siap..hehehe)... Alhamdulillah semua usaha akan berterusan dan menemui kejayaan...InsyaAllah...Amin

Pengenalan

Mr.Dhobi Enterprise adalah sebuah kedai dobi telah didaftarkan secara rasmi pada 21 Februari 2011 dan merupakan sebuah perniagaan milikan perkongsian Bumiputera. Aktiviti perniagaan Mr.Dhobi Enterprise adalah menyediakan perkhidmatan kedai dobi seperti cucian kering, membasuh, menggosok dan melipat pakaian serta cucian cepat (express laundry).




Matlamat

Semangat kerjasama dan ketekunan kerja selalu ditekan bagi seluruh anggota organisasi Mr. Dhobi demi mencapai kepuasan pelanggan dan secara tidak langsung ke arah pencapaian matlamat syarikat. Antara faktor-faktor lain yang membawa kejayaan ialah :

  • Kepuasan pelanggan menjadi factor utama
  • Ketepatan masa menjadi ukuran
  • Kesederhanaan harga sebagai penentu
  • Kerjasama antara kakitangan sebagai tunjang kekuatan
  • Mesra pelanggan sebagai kunci utama

Harapan

Dengan tertubuhnya laman web Mr Dhobi ini, pihak admin akan sentiasa memberi info terkini tentang perniagaan kami dan promosi-promosi yang akan ditawarkan pada hari-hari istimewa sahaja..Diharap perniagaan kami ini sentiasa akan maju dan dikenali serta diberkati Allah... =)

Wassalam....selamat datang dan selamat berkenalan